Naqia Corporation Sdn Bhd– merupakan syarikat bumiputra Islam yang di tubuhkan pada 22 september 2000 dan diasaskan oleh seorang usahawan wanita futuristik. Dengan pendekatan dan pelaksanaan yang menjurus kepada menegakkan syiar islam, Pengasas syarikat ini mendokong cita-cita yang besar, suci dan murni menerapkan ilmu melalui kajian yang berterusan terhadap nilai kehidupan dengan menyediakan pelbagai bidang perniagaan islam yang dapat memenuhi kehendak syariat dan kebajikan masyarakat. NAQIA – bermaksud ‘SUCI’ membawa wawasan dan matlamat yang unggul, penuh kreativiti menghidupkan amalan islam dalam pelaksanaan menjana perkhidmatan dan produk demi untuk kesejahteraan masyarakat hari ini. Ia juga merupakan sebuah wadah yang dicipta untuk melengkapkan misi pencarian rahmat Allah menerusi usaha –usaha yang berpandukan Alquran dan Sunnah, mencari keberkatan melalui jalan-jalan syariat dan hakikat, sekaligus mendisiplinkan hati –hati manusia untuk menjadi insan yang berguna dan bertakwa. Justru itu, kepelbagaian usaha di bawah payung organisasi NAQIA, merupakan langkah-langkah perjuangan yang berterusan, yang mudah2an akan mampu memikul beban harapan masyarakat yang dahagakan pembelaan, perhatian dan perawatan rohani dan jasmani. Naqia Corporation Sdn Bhd – Sebuah nama yang sedang di bina untuk menjana pelbagai bentuk perniagaan yang berkonsepkan fardhu kifayah, strategi dan komersial. Ia merupakan langkah-langkah membina satu empayar perniagaan islam yang unggul dan berprestij, dengan membawa nilai-nilai murni dan keikhlasan dalam setiap bidang yang dilakukan demi untuk membantu masyarakat mencapai wawasan hidup yang cemerlang, gemilang dan terbilang, InsyaALLAH. Latarbelakang NAQIA NAQIA adalah sebuah syarikat keluarga yang diasaskan oleh pasangan suami isteri dan juga dianggotai oleh 2 orang anak-anak lelaki nya sebagai anggota didalam ahli lembaga pengarah syarikat Kumpulan NAQIA. Prof Dr Zamila Hussin - Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan NAQIA merangkap Pengarah Urusan Naqia Corporation Sdn Bhd. Dilahirkan di Wadihana, Johor Baharu pada tahun 1961, mempunyai 8 orang anak, 5 lelaki dan 3 perempuan, 2 sudah bekerja dan enam masih bersekolah. En Isnin Hj Jalil – Pengarah Eksekutif syarikat Kumpulan NAQIA merangkap Pengarah Urusan NAQIA SALES & MARKETING SDN BHDDilahirkan di Tanjong Kling, Melaka pada tahun 1953.
|